Thursday, 29 September 2016

CARA MEMERIKSA MINYAK GEAR BOX AUTO                                                                                   



 Menentukan minyak gearbox automatik kereta Perodua Alza berada pada paras yang betul adalah sangat penting supaya dapat mencegah kerosakan awal. Paras minyak gearbox automatik  kereta Perodua Alza perlu diperiksa semasa enjin didalam  keadaan panas. Untuk memanaskan enjin, langkah terbaik adalah dengan memandu kereta sekurang-kurangnya 15 minit. Sesudah enjin Perodua Alza dalah keadaan panas lakukan langkah berikut :

1.Letakkan kereta di tempat yang rata dengan enjin dalam keadaan hidup.

2.Tuil gear hendaklah berada pada kedudukan "P".

3.Enjin hendaklah berada dalam keadaan idling speed (750rpm)


4.Gerakkan tuil gear perlahan-lahan dari kedudukan "P" ke "2". Berhenti 2 saat pada setiap kedudukan gear.Seterusnya pula, gerakkan tuil gear dari kedudukan "2" ke "P"






5.Keluarkan gearbox oil dipstic dan dibersihkan.Seterusnya, masukkan gearbox oil dipstic kedalam gearbox dan keluarkan semula.

6.Periksa paras minyak gearbox pada dipstic.


7.Paras minyak gearbox yang betul hendaklah berada diantara tanda "A" dan "B". Sebaik-baiknya paras minyak gearbox  berada pada huruf "H" (hot). Tanda "C"(cold) adalah paras minyak gearbox pada semasa enjin sejuk.




8.Jika paras minyak gearbox melebihi dan berada di atas tanda "H" seperti di dalam gambar di atas, minyak gearbox perlu dikeluarkan.

9.Matikan enjin kereta dan keluarkan minyak yang berlebihan sedikit demi sedikit melalui gearbox drain plug dan  periksa paras minyak gearbox turun hingga tanda "H





  • 10.Hidupkan enjin kereta dan lakukan proses pada no. 4 dan periksa paras minyak gearbox semula.Jika paras minyak gearbox berada pada tanda "H" (diantara "A" dan "B") semasa enjin hidup, paras minyak gearbox berada pada paras yang betul. Jika minyak gearbox dikeluarkan telah berkurangan hingga tanda "C", minyak gearbox auto perlu ditambah semula.

  • 11.Seterusnya pandu kereta selama 15 minit dan berhentikan kereta.Periksa semula paras minyak gearbox dengan melakukannya seperti dalam proses no. 4. untuk memastikan paras minyak gearbox berada pada paras yang betul.








12.Pada waktu pagi keesokkan hari, sebelum enjin dihidupkan periksa semula paras minyak gearbox semasa enjin sejuk.Paras minyak gearbox semasa enjin sejuk hanyalah sebagai rujukan sahaja tidak boleh dianggap paras yang betul.





paras minyak gearbox pada masa enjin sejuk


13.Jika paras minyak gearbox berkurangan, buih udara akan terhasil lalu  menyebabkan lama-kelamaan clutch plate menjadi rosak. Jika paras minyak gearbox berlebihan pula, masaalah yang sama juga akan terjadi.Disamping itu juga, warna minyak gearbox pada dipstic hendaklah diperhatikan dan dipastikan berada dalam keadaan merah cerah. Jika warna minyak gearbox kehitaman, bermakna clutch plate telah slip. Disebabkan itu, paras minyak gearbox automatik Perodua Alza perlu berada pada paras yang betul.

7 comments:

  1. sallam , nak tanya kalau perodua viva 1.0 auto adakah sama caranya.

    ReplyDelete
  2. Salam atf D3 ada kah sesuai untuk alza gear auto?

    ReplyDelete
  3. Waktu pg sebelum enjin dihidupkan kedudukan minyk di dipstic melebihi tanda H adakah normal? Kereta baru pakai 3bln..skg speedometer baru 9500km.. Adakah minyk gearbox yg sc isi melebihi had? Tlng perjelaskan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ukuran minyak sebelum enjin hidup tak tepat

      Delete
  4. Slm saya menggunakan kereta Viva Auto punca ya ketika berjalan hos minyak gearbox saya terkeluar dari hos... Ketika saya berjalan kereta saya brrmasalah naik bukit... Setelah saya tambah minyak gearbox semula Gear saya jalan kedepan.. Gear R pun kedepan.. Buat masa sekarang minyak gear saya melebih dari sukatan sekarang.. Boleh bagi emfo ka

    ReplyDelete
  5. Maaf, tp kalau x salah saya tuil perlu berada di kedudukan "N" neutral ketika paras minyak diperiksa.. itu yg diajarkan kepada sayalah.. Wallahualam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. P dengan N sama sahaja. Kuasa dari enjin tidak sampai kepada transmission.

      Delete